REPRESENTASI SEMANTIK PREDIKAT KAUSATIF AKTIVITI PERALIHAN MILIK DALAM BAHASA MELAYU BERDASARKAN TATABAHASA PERANAN DAN RUJUKAN

Authors

  • Ibrohim Malee
  • Mohamad Suhaizi i Suhaim
  • Ong Su Teck

Keywords:

Predikat Kausatif, Kata Kerja Aktiviti, Kelas Aktionsart, Bahasa Melayu, Struktur Logik

Abstract

Kertas kerja ini membincangkan analisis predikat kausatif aktiviti dan struktur logik yang terhasil bagi kata kerja aktiviti dalam bahasa Melayu. Analisis struktur logik berdasarkan pendekatan Tatabahasa Peranan dan Rujukan (TPR) dilihat mampu meneliti secara ilmiah kajian ini serta memberi kesahihan bagi data-data yang diperoleh. Sehubungan itu, predikat kausatif aktiviti dapat difahami sebagai punca atau sebab bagi kata kerja yang berlaku dan menabirkan sesuatu yang baharu. Kajian ini turut memperihalkan secara terperinci bahawa terjadi juga ketiadaan  imbuhan  menN-kan,  meN-i,  -i  dan  -kan  bagi  menunjukkan  ciri ‘menyebabkan’ terhadap predikat kausatif aktiviti. Justeru itu, kata kerja aktiviti yang diberi perhatian dalam kajian ini ialah Kata Kerja Peralihan Milik yang mempunyai imbuhan awalan meN- sahaja seperti memberi, menyumbang, menderma, mengirim, menjual, membeli, mengepos, mencuri, merompak dan meragut. Dengan menggunakan data korpus yang dibangunkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), kajian ini menyerlahkan lagi dapatan yang diperolehi daripada ruangan akhbar arus perdana seperti Utusan Malaysia, Berita Harian dan Harian Metro yang mengandungi data penulisan bahasa Melayu

Published

2022-06-03

How to Cite

Malee, I. ., Suhaim, M. S. i, & Teck , O. S. . . (2022). REPRESENTASI SEMANTIK PREDIKAT KAUSATIF AKTIVITI PERALIHAN MILIK DALAM BAHASA MELAYU BERDASARKAN TATABAHASA PERANAN DAN RUJUKAN. Humanities Journal (Graduate School), Ramkhamhaeng University, 10(1), 116–127. retrieved from https://so08.tci-thaijo.org/index.php/ghuru/article/view/277

Issue

Section

บทความวิจัย